Kehidupan adalah anugerah
utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi
gambaran kebesaranNya buat kita manusia,
yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia.
Justeru itu, manafaatkan ia untuk
kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita
lakukan, akan dipertanggungjawabkan pada
kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt
kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati
dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat.
Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak
kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan
buat jahat JANGAN sekali-kali.
Kewujudan website dakwah2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri.
Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan
ciri-ciri kemurnian budi dan budaya.
Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi,
kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati
diri insani.
26 May 2009
Hadis : Elakkan Gambar-gambar Binatang
Hadis :
Dari Aisyah r.a katanya, dia membeli bantal-bantal kecil bergambar-gambar. Maka tatkala Rasulullah s.a.w melihat bantal-bantal tersebut baginda berhenti di muka pintu dan tidak terus masuk. Aku tahu dari wajah baginda bahawa baginda tidak senang. Berkata Aisyah:"Ya Rasulullah! Aku bertaubat kepada Allah dan Rasul-Nya. Apakah kesalahanku? Rasulullah s.a.w kembali bertanya:"Bantal-bantal apakah itu?" Jawab Aisyah, "Aku membelinya sebagai tempat duduk anda atau tempat anda bersandar." Sabda Rasulullah s.a.w:"Pelukis gambar-gambar ini akan disiksa di hari kiamat seraya dikatakan kepada mereka:"Hidupkanlah gambar-gambar yang kamu lukis itu!" Kemudian baginda bersabda:"Sebuah rumah yang terdapat di dalamnya gambar-gambar (haiwan), malaikat tidak mahu masuk ke dalam rumah itu." (Muslim)
Hadis : Rasulullah saw. Bersabda bermaksud: "Tidak boleh iri hati melainkan dalam dua perkara iaitu: Seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dibelanjakan hartanya itu kejalan yang benar (yang diredhai oleh Allah) dan orang yang dikurniakan oleh Allah ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan sesuatu hukum berpandukan ilmunya (al-Quran dan Hadith) serta diajarkannya pula kepada orang lain". Riwayat Hadith al-Bukhari
Huraian : 1. Islam melarang umatnya berperasaan hasad dengki dan iri hati melainkan kepada perkara-perkara yang boleh mendatangkan kebaikan Sahaja.
2. Islam tidak membenarkan orang yang mengeluarkan hukum tanpa terlebih dahulu merujuk kepada al-Quran dan Hadith, sebaliknya melayani tekanan hawa nafsu dan kepentingan diri sendiri semata-mata.
3. Islam melarang umatnya berperasaan cemburu buta dan iri hati terhadap sesama manusia melainkan didalam dua perkara: i) Merasa iri hati terhadap orang yang beramal dengan ilmu yang dipelajarinya serta mengajarkannya pula kepada orang lain. ii) Orang yang dikurniakan harta dan membelanjakan hartanya itu dijalan yang diredhai oleh Allah.
Hadis : Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:"Tanda cintakan Allah S.W.T. ialah mengingati Allah S.W.T (zikrullah) dan tanda Allah S.W.T murka kepada hamba ialah dia tidak suka mengingati Allah." Baihaqi
Huraian : Pengajaran Hadis: i) Ciri khas dalam akidah yang wajib ada dalam diri setiap individu adalah perasaan cintakan Allah kerana ia merupakan kayu ukur terpenting dalam menilai kualiti iman seorang muslim yang sebenar.
ii) Antara sifat mereka ialah sentiasa merasa bahagia apabila mengingati Allah iaitu mereka banyak berzikir, mengerjakan sembahyang, membaca al-Quran dan sebagainya sebaliknya bagi orang yang tidak cintakan Allah, dia merasa bosan dan rimas apabila mendengar kalimah-kalimah Allah dan malas untuk berzikir (mengingati Allah) jauh sekali untuk beribadat kepada Allah.
iii) Sesungguhnya orang yang selalu mengingati Allah (di kala senang mahupun susah) akan mendapat pemeliharaan daripada Allah S.W.T, kehidupannya sentiasa terkawal dan terpimpin, jalan hidupnya sentiasa sejahtera dan selamat. Sebaliknya mereka yang lalai daripada mengingati Allah, kehidupannya akan didapati kosong, kecewa dan hampa.
ALLAH selesai menciptakan Jibril a.s dengan bentuk yang cantik dan Allah menciptakan pula baginya 200 sayap yang panjang. Sayap itu antara timur dan barat. Ada pendapat menyatakan 124,000 sayap.
Selepas itu Jibril a.s memandang dirinya sendiri dan berkata: "Wahai Tuhanku, adakah Engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripadaku?" Lalu Allah berfirman yang ber maksud: “Tidak.”
Kemudian Jibril a.s berdiri dan bersolat dua rekaat kerana syukur kepada Allah dan setiap rekaat itu tempohnya 20,000 tahun.
Selepas Jibril a.s solat, Allah berfirman yang bermaksud: "Wahai Jibril, kamu sudah menyembah Aku dengan ibadat yang bersungguh-sungguh dan jika tidak ada seorangpun yang menyembah kepada-Ku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan ada seorang nabi yang mulia yang paling Aku cintai, namanya Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa. Sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rekaat yang hanya sebentar saja dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kekurangan, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga.
Maka demi kemuliaan-Ku dan ketinggian-Ku, sesungguh nya solat mereka itu Aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintah-Ku, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintah-Ku."
Kemudian Jibril a.s berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"
Lalu Allah berfirman yang bermaksud: "Ya Jibril, akan Aku berikan syurga Ma'wa sebagai tempat tinggal."
Sesungguhnya Allah menyembunyikan enam perkara, iaitu:
Allah menyembunyikan reda-Nya dalam taat. Allah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat. Allah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam al-Quran. Allah menyembunyikan Lailatul Qadr di dalam Ra madan. Allah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (lima waktu). Allah menyembunyikan (tarikh berlaku) hari kiamat di dalam semua hari.
"Sampaikanlah Pesananku Kepada Umatku Yang
Lain Walaupun Dengan Sepotong Ayat"
Disini saya sediakan satu borang untuk sahabat-sahabat disini
menyebarkan ilmu kepada rakan-rakan lain. Semoga kita mendapat
keberkatan dan ganjaran dari Allah. klik disini untuk sebarkan ilmu
agama islam, soal jawab agama, ceramah agama, ceramah islam, download
ceramah agama,koleksi tazkirah, tazkirah agama, tazkirah islam, kisah
rasul, kisah nabi, audio, video, radio agama, dakwah islam, dakwah agama
Laman istimewa
•
Cerpen,
novel, cerita online terbaik, khas utk peminat cerpen dan novel.
mempunyai lebih daripada 10,000 cerpen dan novel untuk anda baca. Anda
tidak akan kecewa dengan penulisan karya dari laman ini, layari di
laman
•
tip
kehidupan, zodiak, petua, puisi, rahsia-rahsia
ke]hidupan dibongkar, pantun dan pelbagai artikel
menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Radio
streaming online, Tv streaming online, surat khabar
online, radio era, radio hot.fm, radio hitz, tv1, tv2,
tv3, ntv7, tv8, tv9, harian metro, berita harian, utusan
malaysia, the star dan lain-lain lagi layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Koleksi cerita &
video kelakar, lucu, lawak. untuk gelak &
hiburkan hati anda. Kelakarnya layari di laman
ini.
http://kelakar2u.blogspot.com
Malaysia Blogger
Info Tetamu
Dakwah, Tazkirah, Ceramah Online proudly powered by Blogger.
Google INC