LAMAN UTAMA | SEBARKAN ILMU
 

 

Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.

Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggungjawabkan pada kemudian hari.

Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali.

Kewujudan website dakwah2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani.

 

 

 
13 July 2007
Tanda2 Kiamat
Bicara Agama Gegaran dahsyat hari kiamat
``Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya. Serta
bumi itu mengeluarkan segala isinya.'' (Al-Zalzalah: 1 dan 2)

Huraian
Hidup manusia di muka bumi ini hanyalah bersifat sementara kerana kehidupan
di akhirat sana adalah kehidupan yang kekal abadi. Walau bagaimanapun,
sebahagian manusia tidak sedar bahawa hidup mereka cuma sementara, lalu
mengejar kehidupan dunia umpama mereka akan hidup selamanya. Pada hal hari
Kiamat akan tiba pada bila-bila masa dan manusia tidak tahu waktu dan
ketikanya. Sungguh luar biasa sekali kejadian hari itu, iaitu hari di mana
Allah menepati janji-Nya kepada makhluk ciptaan-Nya. Tiada yang dapat
memberi pertolongan dan tiada tempat untuk mereka bersembunyi. Pada waktu
itu, bumi akan digegarkan dengan gegaran yang amat dahsyat sehingga
terbongkar segala isi bumi yang terpendam selama ini. Langit akan terbelah
dan gunung akan musnah berhamburan akibat hentaman yang mengerikan itu.
Semua planet di setiap galaksi akan berlaga sesama sendiri mengakibatkan
alam maya ini hancur sama sekali.

Ini dijelaskan oleh Allah s.w.t. dalam surah al-Waqi`ah ayat 4-6 yang
bermaksud: ``(Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sesungguh-sungguh
goncangan. Dan gunung ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya. Lalu
menjadilah ia debu yang bertebaran.''

Begitulah Allah telah membukakan sedikit tabir rahsia-Nya kepada kita
mengenai Hari Perjanjian yang sudah pasti menjadi peringatan kepada mereka
yang berfikir dan benar-benar berharap keredhaan daripada-Nya.

Hudzaifah bin As-yad al-Ghifary berkata,
Sewaktu kami sedang berbincang, tiba-tiba datang Nabi Muhammad S.A.W kepada kami lalu bertanya,
"Apakah yang kamu semua sedang bincangkan.?"
Lalu kami menjawab,
"Kami sedang membincangkan tentang hari Kiamat."
Sabda Rasulullah S.A.W.
"Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda :-
?Asap
?Dajjal
?Binatang melata di bumi
?Terbitnya matahari sebelah barat
?Turunnya Nabi Isa A.S
?Keluarnya Yakjuj dan Makjuj
?Gerhana di timur
?Gerhana di barat
?Gerhana di jazirah Arab
?Keluarnya api dari kota Yaman menghalau manusia ke tempat pengiringan mereka.
Asap akan memenuhi timur dan barat, ia akan berlaku selama 40 hari. Apabila orang yang beriman terkena asap itu, ia akan bersin seperti terkena selsema, sementara orang kafir pula keadaannya seperti orang mabuk, asap akan keluar dari hidung, telinga dan dubur mereka.
Dajjal maksudnya ialah bahaya besar yang tidak ada bahaya sepertinya sejak Nabi Adam A.S sampai hari kiamat. Dajjal boleh membuat apa sahaja perkara-perkara yang luar biasa. Dia akan mendakwa dirinya Tuhan, sebelah matanya buta dan di antara kedua matanya tertulis perkataan 'Ini adalah orang kafir'.

Binatang melata yang dikenali sebagai Dabatul Ard ini akan keluar di kota Mekah dekat gunung Shafa, ia akan berbicara dengan kata-kata yang fasih dan jelas. Dabatul Ard ini akan membawa tongkat Nabi Musa A.S dan cincin Nabi Sulaiman A.S. Apabila binatang ini memukulkan tongkatnya ke dahi orang yang beriman, maka akan tertulislah di dahi orang itu 'Ini adalah orang yang beriman'. Apabila tongkat itu dipukul ke dahi orang yang kafir, maka akan tertulislah 'Ini adalah orang kafir'.
Turunnya Nabi Isa. A.S di negeri Syam di menara putih, beliau akan membunuh dajjal. Kemudian Nabi Isa A.S akan menjalankan syariat Nabi Muhammad S.A.W.
Yakjuj dan Makjuj pula akan keluar, mereka ini merupakan dua golongan. Satu golongan kecil dan satu lagi golongan besar. Yakjuj dan Makjuj itu kini berada di belakang bendungan yang dibangunkan oleh Iskandar Zulqarnain. Apabila keluarnya mereka ini, bilangannya tidak terhitung banyaknya, sehingga kalau air laut Thahatiah diminum nescaya tidak akan tinggal walau pun setitik.

Rasulullah S.A.W telah bersabda,
"Hari kiamat itu mempunyai tanda, bermulanya dengan tidak laris jualan di pasar, sedikit sahaja hujan dan begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan. Ghibah menjadi-jadi di merata-rata, memakan riba, banyaknya anak-anak zina, orang kaya diagung-agungkan, orang-orang fasik akan bersuara lantang di masjid, para ahli mungkar lebih banyak menonjol dari ahli haq"

Jika kita perhatikan kini memang benar:
? Ghibah merata-rata (memperburuk-burukkan, memfitnah orang juga meleluasa kini)
?Riba meluas tanpa kawalan (shark loan, pinjaman segera, pembelian kereta, rumah dll, bank bersistem riba, termasuk berbagai jenis loan yang "diislamkan" dari luarannya. hatta "study loan" pun)
?Anak zina bertambah (malah pasangan berzina berbangga dengan perbuatan zina dan anak zinanya).
?Orang kaya diagung-agungkan (sampai cium tangan dan merayu)
?Orang fasik bersuara lantang di Masjid (sampaikan pelanggan tetap 4d pun dikhabarkan dilantik sebagai AJK Masjid)
?Ahli mungkar lebih banyak menonjol dari ahli haq (bercakap tentang islam walaupun tanpa ilmu)

Berkata Ali bin Abi Talib,
Akan datang di suatu masa di mana Islam itu hanya akan tinggal namanya sahaja, agama hanya bentuk sahaja, Al-Qur'an hanya dijadikan bacaan sahaja, mereka mendirikan masjid, sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut Asma Allah. Orang-orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para ulama, dari mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga. Dan kesemua yang tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat."

Jika kita perhatikan:
?hSemakin ramai umat Islam yang tidak menghargai nikmat agamanya sehingga mengabaikan suruhan dan perintahNya sampaikan mengucap pun ada yang tidak tahu.
?hAl Quran hanya untuk alunan merdu serta hiasan dan bukan untuk diamalkan dan dihayati. (Paling sedih ada juga sanggup pula menghina Al Quran).
?hMasjid berdiri megah dengan hiasan yang berkilauan hanya untuk pelancongan dan berbangga tidak untuk dimakmurkan.
?hUlama dihina dan difitnah oleh orang yang dianggap ulama juga.

Sabda Rasulullah S.A.W lagi,

"Apabila harta orang kafir yang dihalalkan tanpa perang yang dijadikan pembahagian bergilir, amanat dijadikan seperti harta rampasan, zakat dijadikan seperti pinjaman, belajar lain daripada agama, orang lelaki taat kepada isterinya, menderhakai ibunya, lebih rapat dengan teman dan menjauhkan ayahnya, suara-suara lantang dalam masjid, pemimpin kaum dipilih dari orang yang fasik, orang dimuliakan kerana ditakuti akan tindakan jahat dan aniayanya dan bukan kerana takutkan Allah, maka kesemua itu adalah tanda-tanda kiamat."

Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a., katanya,
"Rasulullah s. a. w. telah bersabda:
"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat. "Baginda menyebutkan salah satu di antaranya : Penaklukan Baitulmuqaddis."
- Sahih Bukhari,
Zina bermaharajalela."Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.?
- Sahih Muslim

Bermaharajalela alat muzik., tanah runtuh dan perubahan muka"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab;"Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita?
- Ibnu Majah
Menghias masjid dan membanggakannya."Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid?
- Riwayat Nasai.
Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik."Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga."
-Riwayat Ahmad dan Hakim

Ramai orang soleh meninggal dunia.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran.
- Riwayat Ahmad
Orang hina mendapat kedudukan terhormat."Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka? (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia"
-Riwayat Thabrani

Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
"Sesungguhnya diantara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja."
- Riwayat Ahmad
Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."
Bulan sabit kelihatan besar."Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit."
- Riwayat Thabrani
- Sahih Muslim

Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.
"Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu?
- Sahih Muslim
Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar."Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar"
- Riwayat Ahmad
Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai."

PENGAJARAN
Segala apa yang dikatakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. itu adalah benar belaka janganlah disangsikan dan ragu-ragu.
Sekiranya kita menghayati apa yang tersirat pada kisah di atas memang kebanyakannya telah berlaku kini.
Tak perlu Nostradamus' Prediction untuk kita jadikan panduan atau ikutan seperti orang kafir atau menunggu hasil kajian saintifik tentang amalan dan sunnah Rasullullah s.a.w.
Percayalah seyakin-yakinnya dan amalkan


Setiap makhluk yang hidup pasti akan mati jua. Begitu juga dengan hayat alam
akan berakhir dengan kemusnahan dan kehancuran.

Kesimpulan

Hari kiamat pasti akan tiba, cuma kita tidak mengetahui bila masanya. Alam
maya ini akan hancur dengan kemusnahan yang amat dahsyat dan tidak dapat
digambarkan oleh pancaindera. Setelah itu bermulalah alam baru, iaitu alam
akhirat yang kekal abadi. Kita sebagai manusia perlu sedar bahawa kita
adalah milik Allah dan akan kembali kepada-Nya jua. Dengan itu bersedialah
menghadapinya dengan amalan-amalan soleh agar mendapat kejayaan hidup di
dunia mahupun di akhirat.
posted by MUZRI @ 9:26 PM  

 

Audio-Video Ceramah Online

 Salam Ramadhan

 Penghantaran Percuma

Dapatkan Artikel Terbaru Terus ke Email Anda. Masukkan Email Anda Dibawah :-

 

 

 Kata Aluan

Gunakan lah kelebihan teknologi sebaik mungkin kerana teknologi memberi kita kemudahan untuk berdakwah dan mempertingkatkan ilmu didada.

 Mari Mendengar Bacaan Al-Quran
























 Solat & Sewaktu Dengannya

Kebesaran solat 2 rakaat

Rahsia diwajibkan solat

Hadis Solat

Solat Sunat jumaat

Solat Sunat hajat

Azan dan Iqamah

Solat Sunnat Taubat

Solat Sunat Tahajjud

Tayammum

Doa selepas sembahyang

Niat Sembahyang

Rukun, batal, Sunat wuduk

Cara Berwuduk

Petua Khusyuk Solat

 Hadis & Huraian

Amalan sunat di bulan syaaban

Jangan menolak sedekah

4 Kunci kebahagiaan

Orang yang berbudi mulia

Rumahku syurgaku

Orang mati bunuh diri

Elakkan gambar-gambar binatang

Dengki dan irihati, biarlah pada tempatnya

Kualiti iman seorang muslim

Lalat dan penyakit, Rasulullah dan saintis

Dijauhkan dari neraka 70,000 Musim

Keutamaan membaca surah Al-Baqarah

5 kunci rahsia

Di atas hamparan sejadah

Pelunasan hak di padang mahsyar

Ciri kesempurnaan iman

Solat musafir

Seringan azab di neraka

Berdoalah kamu untuk saudara islam

Fadhilat & hikmah korban

Yang lebih baik dari pembantu / khadam

Kumpulan kebaikan

Fadhilat & Hikmah korban

Yg lebih baik dari khadam

Kumpulan kebaikan

Sabar mencerminkan iman

Sikap yang baik

3 Buah Masjid

Hebatnya penghuni syurga

Menjaga perasaan

Mati dgn mata terbeliak

3 Buah Masjid

Mewarnakan rambut

99 Nama Allah

Dugaan hapuskan dosa

Banyak cara untuk bersedekah

Nilai korban & solat jumaat

Manusia yang di kasihi dan dibenci oleh Nabi Saw

Curian Syaitan

Mensyukuri nikmat

3 amalan yang berkat

Alamat mimpi

Roh harum & Roh Busuk

Berlaku Adil Kepada anak

Mengeratkan persahabatan

Berusaha mencari rezeki

Menghina orang lain

Meninggalkan solat jumaat

Memutuskan silaturahim

Kaya harta dan kaya ilmu

 Kisah Nabi / Rasul

Kisah Nabi isa menghidupkan mayat

Bumi telan kaum luth

Ismail bantu bapa bina kaabah

Nazar Nabi Yaakub

Ishak lahir ketika ibunya lanjut

Syu`aib dicabar turunkan azab

Nabi zulkifli amanah, penyabar

Ayub di uji penyakit kulit

Nabi Yusuf bijak tafsir mimpi

Musa dihanyut ke sungai nil

Mukjizat nabi musa hadapi firaun

Nabi Musa bermunajat

Nabi harun fasih berbicara

Sulaiman kawal jin, haiwan

Ratu balqis tunduk kepada Nabi Sulaiman

Allah limpahkan rezeki Ilyas

Nabi Yunus ditelan ikan paus

Allah makburkan doa Nabi Zakaria

Nabi Yahya lahir berkat dia bapa

Nabi Ibrahim di ugut bapa

Kisah Cinta Adam & hawa

Kisah Nabi Sulaiman & jin

 Kisah Teladan

Kisah membantu jiran dan anak yatim

Rela dimasukkan ke neraka

Hadiah malam jumaat

Syidatina Fatimah, penghulu wanita syurga

Wangi harum Masyithah

Balasan bagi penghuni syurga

Kisah pendita yang insaf

Kisah 5 perkara aneh

Kisah anak membangkang perintah ayahnya

Kisah lelaki berbohong

Kisah pendita yang insaf

Kisah neraka jahanam

Kisah bumi dan langit

Kisah berkat membaca bismillah

Kisah pemuda beribu-bapakan babi

Dipotong tangan kerana bersedekah

Kisah si pemilih roti

Menempuh jalan kesesatan

3 watak di akhir zaman

Bayi yang berkata-kata

Anjing Musafir

2 orang yahudi dihukum mati

Taubat ikrimah bin abu jahal

Iman Ahmah bin hambal

Iman Syafie di tangkap & di rantai

Ahli ibadat dgn pelacur

2 orang yahudi dihukum mati

Detik terakhir insan mulia

Rahsia syair di atas kuburan

 Topik-topik Agama

Jumaat hari kebesaran umat islam

Kelebihan syaaban

15 Tanda kematian mulia

Solat dan 5 jenis manusia

Kebesaran solat 2 rakaat

11 jenis manusia didoa malaikat

Rahsia diwajibkan solat

Peliharalah tutur kata

Keadaan seseorang ketika sampai ajal

Penyakit uji keimanan dan kesabaran manusia

Ibadah dibulan Syaaban

Anugerah anak

Panduan bersuci

Hafal dan Syurga menanti

Api neraka padam disirami dengan air mata

Hadis Zikir

Hikmah berzikir

Kaifat perkahwinan

Waktu yg baik utk berdoa

Asas Kerukunan Islam

Tiada manusia terlepas dari iblis

Lulus ujian dibalas Syurga

Larangan meminta mati

Hikmah solat 2 rakaat

Hikmah berselawat ke atas Rasulullah

April Fool, Renungan

Ucapan kpd pengantin baru

Rasulullah rahmat semesta alam

jangan derhaka kpd ibubapa

Maulidur rasul

Solat Bina ketahanan diri

Balasan bagi penghuni syurga

Rasulullah ambik kira pandangan wanita

Ciri Pemimpin yang di redhai

Nabi tegur kesalahan secara kiasan

Rasulullah berpolitik

Adab menziarahi orang sakit

Hari valentine

Ciri-ciri isteri solehah

Hijrah pemikiran ummah

Rasulullah dihari kebangkitan

Sesal seorang ibu

Dijodohkan di syurga

Hukum Melancap atau onani

Jenis dosa & jalan taubat

Keliru nazar boleh atau tidak

Puasa

Iblis diwaktu sakaratul maut

Fadhilat Bismillah

Sejarah solat 5 waktu

Wanita yg tolak perkahwinan

Dosa mengumpat bagimana?

Utamakan membaca Al-Quran

Kelebihan bulan rejab

Haiwan yang halal & haram

15 alasan mrindui Ramadhan

Untuk apa punyai zuriat

Surah ayat Al-ikhlas

Hukum aurat wanita

Tatasusila berhadapan ibubapa

Bagaimana hilangkan marah

Rahsiakan keaiban orang lain

Pelepasan seksaan kubur

Nabi Yusuf di penjara krn fitnah wanita

10 wasiat iman hassan al-banna

Setan pun terkejut

10 pesanan Rasulullah

Hayati malam Lailatulqadar

Dialog Rasulullah dgn syaitan

Kenapa kita di uji

Pahala terakhir seorang isteri

Orang yg kaya dalam miskin

Tip murah rezeki

Kasihnya Allah pada Wanita

Wanita penghuni neraka

Soal jawab iblis dgn Allah

Tanda-tanda kiamat

Yakjuk & makjuk

Kebesaran solat & keistimewaan

Perkara sunat yang dilakukan pada hari jumaat

Rintihan roh

Ahli ibadat dgn pelacur

Abu sufyan bin haris

Mengigil lutut jin & manusia melihat neraka jahanam

 Topik Ramadhan

Amalam malam Lailatul Qadar

34 Hadis berkaitan Ramadhan

Amalam malam Lailatul Qadar

Panduan qadha puasa

Panduan solat Aidilfitri

Lailatul Qadar tanda di kasihi

Kepalsuan kelebihan terawih

Keutamaan bulan ramadhan

Tingkat ibadat malam raya

Ganjaran ikhlas puasa

Doa perlu bersungguh

Kelebihan amalan sunat

Rasulullah lebihkan dermawan

4 zikir sepanjang ramadhan

ikhlas puasa diampunkan dosa

Bidadari berhias sambut ramadhan

Taubat digalakkan

Keberkatan hadir majlis ilmu

5 perkara hindar akhlak buruk

kaitan antara puasa & sabar

Solat tahajud hidupkan malam puasa

Puasa lawan sifat nafsu, bangkit sifat sabar

Kelebihan ibadat umrah dalam bulan ramadhan

Ramadhan bersihkan jiwa

Sedekah bebuka pahala besar

Puasa sempurna jika jaga mulut

Solat malam hapuskan dosa

Sedekah eratkan ikatan

Doa ramadhan

Puasa, terawih himpunkan pahala dan hapuskan dosa

5 rahsia nikmati ibadat puasa

Tanda kedatangan Lailatul Qadar

Kelebihan 10 malam akhir ramadhan

3 amalam Nabi, 10 malam terakhir

Hikmah Lailatul Qadar

Walaupun seteguk air, sahur pelihara kesihatan

Zakat elakkan sifat mengemis

Berbuka, sahur ikut sunnah lebih menyihatkan badan

 

 Audio Ceramah / Tazkirah

Pergaulan batas susila

Hukum tawassul dlm islam

Dari mana hendak kemana

Konsep darurat dalam islam

Ciri ahli syurga&ahli neraka

Mensyukuri nikmat Allah

Penghayatan ibadah korban

Mencari permata yg hilang

Pengenalan Ulumul Quran

Sebab turunnya Al-Quran

Ramadhan bulan ibadah

Kiamat kecil

Islamkah anda

Perubatan halal & haram

Ciri orang terkena ilmu sihir

Pengenalan pada alam jin

Gangguan emosi

Rahmat disebalik dugaan

Al-Quran : petunjuk keluarga bahagia

Bagaimana beriman pada qadha dan qadar

Riba dan rasuah

Cabaran kehidupan di zaman metropolitan

Rahmat Allah dan kehidupan

Sejarah dalam ramadhan

Dosa Pahala, hublum minallah, hablum minannas

Menangis kerana takut

Rumahku syurgaku, anakku cahaya mataku

Isteri pengasih suami penyayang

11 tips memupuk kasih syg

Pengisian ramadhan 1

Pengisian ramadhan 2

Ujian dan musibah

Kemanisan ibadah

Akhlak wanita islam

Dimana kan ku cari ganti

Cermin diri

Menceritakan hal orang lain

Mengenai rasuah

Dua tanah haram

Demokrasi lemah

Tindik pusat

Celik nafsu

Perkosa isteri

Makhluk halus

Kuasa

Yang merah itu saga

Anak rintik

Cari makan

Jangan cari lain

Ghaib

Jadilah orang alim

 

 Video Ceramah / Tazkirah

Akibat Ego 1

Akibat Ego 2

Kondo di bawah tanah

Mahsyar

Dosaku 1

Dosaku 2

Bila perut berbunyi

Cinta remaja

Kasih tidak bertepi 1

Kasih tidak bertepi 2

Syurga diluar rumah 1

Syurga diluar rumah 2

Upah sembahyang 1

Upah sembahyang 2

Wahai suamiku

Cari salah

Al-furqan

Nazak

Dalam tabi'ie

Bid'aah

Untuk siapa

Hiasan adam

Sunnah nabi

Gangguan jin & syaitan

Gangguan Makhluk halus

Rahsia keruntuhan ummah

Sebab-sebab malaikat tidak masuk ke dalam rumah

Bahaya dan bencana sihir

Utuhkan madrasah, pendidikan madrasah, amanah Rasulullah

Khadijah r.a usahawan wanita terbilang 1

Khadijah r.a usahawan wanita terbilang 2

Khadijah r.a usahawan wanita terbilang 3

Keluarga bahagia

 

 Radio Dakwah

 Topik Terbaru

 Iklan Menarik

 Sebarkan Ilmu

RASULULLAH SAW BERSABDA:

"Sampaikanlah Pesananku Kepada Umatku Yang Lain Walaupun Dengan Sepotong Ayat"


Disini saya sediakan satu borang untuk sahabat-sahabat disini menyebarkan ilmu kepada rakan-rakan lain. Semoga kita mendapat keberkatan dan ganjaran dari Allah. klik disini untuk sebarkan ilmu

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

  Produk Iklaneka

BANNERMISSNOR

 Al-Quran

 Chit-Chat Corner

 Hadith Muslim

 Infomasi

Kata Kunci
agama islam, soal jawab agama, ceramah agama, ceramah islam, download ceramah agama,koleksi tazkirah, tazkirah agama, tazkirah islam, kisah rasul, kisah nabi, audio, video, radio agama, dakwah agama, dakwah islam

UCAPAN

16/5/2007:
Selamat Menyambut Hari Guru 2007 dan Hari Ibu, tahun baru misi baru. semoga terhibur bersama blog kami

FADHILAT

1)-Barangsiapa membaca ayat kursi ketika mengiringi tiap-tiap solat fardhu, maka diampuni dosanya dan di hapuskan Allah daripadanya tiap-tiap kejahatan.

2)-Seseorang yang membaca Bismillah sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, akan aman dariapda gangguan syaitan, kecurian, maut yang mendadak dan bala. Sementara pasangan yang membacanya ketika hendak berjimak, akan melahirkan anak yang soleh dan bagi ibu bapanya kebajikan sejumlah tarikan nafas anak itu.

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka sendiri mahu mengubahnya- pepatah arab-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG
agama islam, soal jawab agama, ceramah agama, ceramah islam, download ceramah agama,koleksi tazkirah, tazkirah agama, tazkirah islam, kisah rasul, kisah nabi, audio, video, radio agama, dakwah agama, dakwah islam

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net

 Waktu Solat

 Info Tetamu

 Kata Kunci

agama islam, soal jawab agama, ceramah agama, ceramah islam, download ceramah agama,koleksi tazkirah, tazkirah agama, tazkirah islam, kisah rasul, kisah nabi, audio, video, radio agama, dakwah islam, dakwah agama

 Laman istimewa

Cerpen, novel, cerita online terbaik, khas utk peminat cerpen dan novel. mempunyai lebih daripada 10,000 cerpen dan novel untuk anda baca. Anda tidak akan kecewa dengan penulisan karya dari laman ini, layari di laman

http://www.penulisan2u.net

 

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari malaysia, singapore, indonesia dan Brunei. layari di

http://penulisan2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, petua, puisi, rahsia-rahsia ke]hidupan dibongkar, pantun dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Radio streaming online, Tv streaming online, surat khabar online, radio era, radio hot.fm, radio hitz, tv1, tv2, tv3, ntv7, tv8, tv9, harian metro, berita harian, utusan malaysia, the star dan lain-lain lagi layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Koleksi cerita & video  kelakar, lucu, lawak.  untuk gelak &  hiburkan hati anda. Kelakarnya layari di laman ini. http://kelakar2u.blogspot.com

 Malaysia Blogger

All Malaysian Bloggers Project

 Info Tetamu