Kehidupan adalah anugerah
utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi
gambaran kebesaranNya buat kita manusia,
yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia.
Justeru itu, manafaatkan ia untuk
kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita
lakukan, akan dipertanggungjawabkan pada
kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt
kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati
dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat.
Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak
kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan
buat jahat JANGAN sekali-kali.
Kewujudan website dakwah2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri.
Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan
ciri-ciri kemurnian budi dan budaya.
Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi,
kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati
diri insani.
27 February 2008
Kisah 5 Perkara Aneh
Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqah yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-Nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.
Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat:- 1. Apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah, 2. Engkau sembunyikan, 3. Engkau terimalah, 4. Jangan engkau putuskan harapan, 5. Larilah engkau daripadanya."
Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan." Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.
Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut.
Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu, mangkuk emas itu keluar semula dari tempat ia ditanam. Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku."
Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku." Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya.
Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalananya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini." Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahawa, 1. Engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu. 2. Semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua. 3. Jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya. 4. Jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat. 5. Bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."
Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu." Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.
"Sampaikanlah Pesananku Kepada Umatku Yang
Lain Walaupun Dengan Sepotong Ayat"
Disini saya sediakan satu borang untuk sahabat-sahabat disini
menyebarkan ilmu kepada rakan-rakan lain. Semoga kita mendapat
keberkatan dan ganjaran dari Allah. klik disini untuk sebarkan ilmu
agama islam, soal jawab agama, ceramah agama, ceramah islam, download
ceramah agama,koleksi tazkirah, tazkirah agama, tazkirah islam, kisah
rasul, kisah nabi, audio, video, radio agama, dakwah islam, dakwah agama
Laman istimewa
•
Cerpen,
novel, cerita online terbaik, khas utk peminat cerpen dan novel.
mempunyai lebih daripada 10,000 cerpen dan novel untuk anda baca. Anda
tidak akan kecewa dengan penulisan karya dari laman ini, layari di
laman
•
tip
kehidupan, zodiak, petua, puisi, rahsia-rahsia
ke]hidupan dibongkar, pantun dan pelbagai artikel
menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Radio
streaming online, Tv streaming online, surat khabar
online, radio era, radio hot.fm, radio hitz, tv1, tv2,
tv3, ntv7, tv8, tv9, harian metro, berita harian, utusan
malaysia, the star dan lain-lain lagi layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Koleksi cerita &
video kelakar, lucu, lawak. untuk gelak &
hiburkan hati anda. Kelakarnya layari di laman
ini.
http://kelakar2u.blogspot.com
Malaysia Blogger
Info Tetamu
Dakwah, Tazkirah, Ceramah Online proudly powered by Blogger.
Google INC