Kehidupan adalah anugerah
utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi
gambaran kebesaranNya buat kita manusia,
yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia.
Justeru itu, manafaatkan ia untuk
kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita
lakukan, akan dipertanggungjawabkan pada
kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt
kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati
dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat.
Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak
kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan
buat jahat JANGAN sekali-kali.
Kewujudan website dakwah2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri.
Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan
ciri-ciri kemurnian budi dan budaya.
Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi,
kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati
diri insani.
13 May 2008
Azan Dan IQamah
Azan disebut juga dengan Bang yakni seruan atau laungan yang dilakukan untuk memberitahu kepada orang-orang muslim bahawa sudah masuk waktu sembahyang. Azan dilakukan di setiap tiba waktu sembahayng, yang boleh melakukan laungan azan hanya orang lelaki sahaja, orang perempuan tidak boleh melaungkan seruan azan. Kalimah-kalimah Seruan Azan atau Bang ialah:-
Allahu Akbar Allahu Akbar. (2X) Asyhadu alla illahaillallah. (2X) Asyhadu anna Muhammadar rasulullah. (2X) Haiyaalas solah (2X) Haiyaalal falah. (2X) Allahu Akbar Allahu Akbar. La ilahaillallah.
Maksudnya: Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Aku menyaksikan bahawa Tiada Tuhan melainkan Allah. Aku menyaksikan bahawa Muhammad itu pesuruh Allah. Marilah Sembahyang. Marilah kepada kejayaan. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Tiada Tuhan melainkan Allah.
Azan Subuh
Tambahkan "Assolaatu khairun minan naum" (2X) maksudnya "Sembahyang itu lebih baik dari Tidur" pada Azan Subuh selepas "Haiyaalal falah" (2X)
Sunat Di Waktu Menyeru/Melaungkan Azan 1. Berwudhu' 2. Menghadap ke arah Kiblat 3. Berdiri sewaktu menyeru Azan atau Qamat 4. Dilakukan di tempat yang tinggi. 5. Muadzin hendaklah menyaring dan mengeluarkan suaranya. 6. Mengulang-ulang lafaz syahadatain 7. Muadzin menutup kedua telinganya dengan jari telunjuk ketika mengucapkan "Haiyaalas solah" sambil memalingkan muka kearah kanan, dan ketika mengucapkan "Haiyaalal falah" berpaling ke arah kiri.
Menjawab seruan Azan:
Jika kita mendengar seruan Azan yang dilaungkan muadzin (tukang azan @ bilal), hendaklah kita menyahut, mengikut atau menjawab apa yang diucapkan dalam Azan yang diserukan oleh muadzin dengan perlahan-lahan, cuma pada bacaan:-
"Haiyaalas solah" dan "Haiyaalal falah" maka kita ucapkan "Laa haulawala quwwata illa billa hil alyyil aadzim" maksudnya "Tiada daya upaya dan kekuatan ku kecuali dengan pertolongan Allah".
"Assolaatu khairun minan naum" maka kita ucapkan "Syadaqta wa barirta waana mina syaahidiin" maksudnya " Benarlah dan mendapat kebaikanlah engkau dan aku adalah daripada yang menyaksikan".
IQAMAH : Qamat disebut juga dengan Iqamah yakni ucapan atau bacaan yang dilakukan ketika sudah hampir melakukan serta memulakan sembahyang.
Allahu Akbar Allahu Akbar. Asyhadu alla illahaillallah. Asyhadu anna Muhammadar rasulullah. Haiyaalas solah Haiyaalal falah. Qadqamatis solah Qadqamatis solah. Allahu Akbar Allahu Akbar. La ilahaillallah.
Maksudnya: Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Aku menyaksikan bahawa Tiada Tuhan melainkan Allah. Aku menyaksikan bahawa Muhammad itu pesuruh Allah. Marilah Sembahyang. Marilah kepada kejayaan. Sesungguhnya sudah hampir mengerjakan sembahyang. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Tiada Tuhan melainkan Allah.
Menjawab bacaan Qamat: Jika kita sembahyang berjemaah, maka yang membacakan Qamat itu cuma seorang sahaja contohnya muadzin (tukang azan @ bilal), tidak perlu lagi kita Qamat. Bagaimanapun untuk beroleh pahala hendaklah kita menyahut, mengikut atau menjawab apa yang diucapkan dalam Qamat yang dibacakan oleh muadzin dengan perlahan-lahan, cuma pada bacaan:- "Haiyaalas solah Haiyaalal falah" maka kita ucapkan "Laa haulawala quwwata illa billa hil alyyil aadzim" maksudnya "Tiada daya upaya dan kekuatan ku kecuali dengan pertolongan Allah".
"Qadqamatis solah Qadqamatis solah" maka kita ucapkan "Aqaamahallahu wa adaamahaa" maksudnya "Semoga Allah menjadikan Solat ini berdiri terus dan kekal"
Selepas habis sahaja azan dan iqamah, kita di sunatkan membaca doa selepas azan sebagai mendoakan selamat sejahtera atas junjungan kami Muhammad dan keluarganya dan sahabat-sahabat baginda.
Maksudnya: Ya Allah, Wahai Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang akan didirikan. Kurniakanlah kedudukan yang tinggi dan terpuji yang engkau telah janjikan kepada junjungan kami Nabi Muhammad dan kehormatan, sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji. Ya Allah ampunilah aku serta ibubapaku dan kurniakanlah rahmat kepada keduanya sebagaimana kedua mereka memelirara akan daku. Dan selamat sejahtera atas junjungan kami Muhammad dan keluarganya dan sahabat-sahabat baginda.
"Sampaikanlah Pesananku Kepada Umatku Yang
Lain Walaupun Dengan Sepotong Ayat"
Disini saya sediakan satu borang untuk sahabat-sahabat disini
menyebarkan ilmu kepada rakan-rakan lain. Semoga kita mendapat
keberkatan dan ganjaran dari Allah. klik disini untuk sebarkan ilmu
agama islam, soal jawab agama, ceramah agama, ceramah islam, download
ceramah agama,koleksi tazkirah, tazkirah agama, tazkirah islam, kisah
rasul, kisah nabi, audio, video, radio agama, dakwah islam, dakwah agama
Laman istimewa
•
Cerpen,
novel, cerita online terbaik, khas utk peminat cerpen dan novel.
mempunyai lebih daripada 10,000 cerpen dan novel untuk anda baca. Anda
tidak akan kecewa dengan penulisan karya dari laman ini, layari di
laman
•
tip
kehidupan, zodiak, petua, puisi, rahsia-rahsia
ke]hidupan dibongkar, pantun dan pelbagai artikel
menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Radio
streaming online, Tv streaming online, surat khabar
online, radio era, radio hot.fm, radio hitz, tv1, tv2,
tv3, ntv7, tv8, tv9, harian metro, berita harian, utusan
malaysia, the star dan lain-lain lagi layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Koleksi cerita &
video kelakar, lucu, lawak. untuk gelak &
hiburkan hati anda. Kelakarnya layari di laman
ini.
http://kelakar2u.blogspot.com
Malaysia Blogger
Info Tetamu
Dakwah, Tazkirah, Ceramah Online proudly powered by Blogger.
Google INC