Kehidupan adalah anugerah
utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi
gambaran kebesaranNya buat kita manusia,
yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia.
Justeru itu, manafaatkan ia untuk
kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita
lakukan, akan dipertanggungjawabkan pada
kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt
kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati
dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat.
Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak
kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan
buat jahat JANGAN sekali-kali.
Kewujudan website dakwah2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri.
Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan
ciri-ciri kemurnian budi dan budaya.
Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi,
kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati
diri insani.
12 July 2007
Rasulullah menyatukan manusia
RASULULLAH MENYATUKAN MANUSIA
Nabi Muhammad diutuskan untuk menyatupadukan umat manusia. Ia dilakukan melalui cara hidup yang menekankan akhlak mulia, kasih sayang, hidup bersama, bersatu dan bersetia.
Sebaliknya, Islam menegah rasa kebencian, permusuhan, irihati dan mementingkan diri sendiri. Malah perbuatan itu tersenarai sebagai dosa besar.
Firman Allah bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu banyak berprasangka, sesungguhnya ia dalah dosa dan janganlah kamu mencari kesalahan orang lain, dan jangan pula sebahgian kamu mengumpat orang lain. (Surah al-Hujurat, ayat 12).
Kekuatan Islam bergantung kepada perpaduan di kalangan umatnya. Sebab itu, soal perpaduan dan persaudaraan amat dipentingkan dalam ajaran Islam. Kita dapat lihat bagaimana Rasulullah menunjukkan tauladan menyatupadukan kaum Muhajirim yang bersama-sama berhijrah dengan baginda dan kaum Ansar penduduk asal Madinah.
Perpaduan akan membentuk kekuatan yang sukar digoncang oleh mana-mana anasir. Melalui perpaduan memudahkan mencapai kejayaan dalam segenap aspek kehidupan ummah, termasuklan dalam usaha menyebarkan dakwah Islamiah. Urusan ibadat dan menegakkan hukum Allah lebih mudah dilaksanakan dalam keadaan umat Islam yang kuat dan bersatu padu.
Bagi melahirkan perpaduan yang benar-benar padu, maka hubungan sesama Islam ditakrifkan sebagai hubungan saudara. Firman Allah bermaksud: Sesungguhnya setiap orang Islam itu adalah bersaudara. (Surah al-Hujurat, ayat 10).
Hubungan saudara bermakna satu hubungan rapat dan saling membantu. Hubungan saudara membentuk hubungan atas dasar kepentingan bersama kerana ia hubungan yang rapat dan saling berkait.
Seluruh umat Islam perlu bersatu, saling menghormati dan menjaga kepentingan bersama. Sikap mementingkan diri sendiri dan tidak mahu mencampuri urusan sesama Islam yang ditindas disebabkan takut kepentingan sendiri terancam adalah punca kelemahan umat Islam.
Umat Islam di seluruh dunia kini semakin diancam dengan pelbagai dakyah dan niat buruk pihak ingin memusnahkan kekuatan Islam. Sekiranya umat Islam dalam keadaan lemah dan kucar kacir, maka lebih mudah usaha memusnahkan Islam dilakukan musuh Islam.
Tanpa perpaduan meletakkan umat Islam umpama seperti buih yang banyak tetapi tidak mempunyai kekuatan untuk mempertahankan diri sendiri. Inilah realiti yang berlaku terhadap umat Islam sekarang.
Untuk membina kembali kekuatan umat Islam perlulah mengimbau kembali kejayaan dibawa Rasulullah dalam melahirkan umat yang kuat. Resipi kejayaan Rasulullah adalah hasil penghayatan ajaran Islam sepenuhnya. Seluruh umat Islam berada di bawah kepimpinan Rasulullah mempunyai satu matlamat dan menuju ke arah yang sama.
Rasulullah berjaya melakukan perubahan secara revolusi yang membawa kejayaan secara beriringan dalam segenap aspek kehidupan. Rasulullah bukan saja berjaya menanam kepercayaan kepada Allah, bahkan mengubah hidup masyarakat berpecah belah kepada perpaduan, kebencian kepada kasih sayang, hina menjadi mulia dan lemah bertukar kuat.
Hasil daripada itu dalam masa yang singkat kedatangan Islam mampu meruntuhkan kerajaan besar dan membawa sinar kejayaan ke serata alam. Manusia dibebaskan daripada kepercayaan karut dan bersatu di bawah satu panji-panji keimanan. Belum ada dalam sejarah kelahiran umat yang mampu berkuasa membina kejayaan dalam tempoh masa singkat.
Seruan bersatu yang dilaungkan oleh Rasulullah berjaya menyemai benih idealisme bahawa setiap Muslim perlu berkorban demi kekuatan Islam. Mereka membuang sikap mementingkan diri, irihati, kedekut, sombong dan berpecah belah. Sebaliknya mereka sanggup berlapang dada, saling memaafkan, menjaga kepentingan bersama dan membantu yang lemah.
Hubungan dan kedudukan sesama umat Islam amat rapat diumpamakan seperti binaan bangunan. Sabda Rasulullah bermaksud: Sesungguhnya seorang mukmin terhadap mukmin yang lain bagaikan sebuah bangunan, sebahagiannya mengukuhkan yang lain. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Punca nasib malang menimpa umat Islam sekarang disebabkan sikap dalam sendiri. Umat Islam sering bercakaran, dendam, saling tidak percaya, suka menyalahkan orang lain dan mementingkan diri sendiri. Orang Islam sanggup menuduh orang Islam lain tidak Islam semata-mata berlainan pendapat. Sikap tersebut menjadi barah merosakkan kehidupan umat Islam.
Di negara Islam sering berlaku perang saudara, rampasan kuasa, pertikaian politik, pemikiran jumud dan krisis kepimpinan. Keadaan ini diambil kesempatan oleh pihak asing. Akibatnya negara Islam hilang kedaulatan dan kekuasaan. Negara penjajah membuat keputusan sewenang demi memastikan kuasa sebenar masih di tangan mereka.
Memang amat sedih dan memilukan, di serata dunia kini semakin banyak umat Islam menjadi mangsa kepada kelemahan diri sendiri. Malangnya, masih banyak pihak yang alpa dan terus melakukan tindakan merugikan umat Islam.
Dalam keadaan tidak bersatu menyukarkan urusan pembangunan dan pengukuhan ekonomi dilakukan dengan sistematik. Rakyat hidup dalam serba kedaifan. Inilah punca umat Islam mundur dan dalam keadaan lemah. Keadaan ini memudahkan lagi penindasan musuh Islam terhadap Islam.
Kemelut kemiskinan dan kesengsaraan umat Islam di seluruh dunia bukan satu takdir. Ia berpunca daripada sikap umat Islam sendiri. Situasi ini berubah jika umat Islam bersatu dan melaksanakan jati diri Muslim sejati. Umat Islam adalah umat terbaik jika melakukan sepenuhnya ajaran Islam.
"Sampaikanlah Pesananku Kepada Umatku Yang
Lain Walaupun Dengan Sepotong Ayat"
Disini saya sediakan satu borang untuk sahabat-sahabat disini
menyebarkan ilmu kepada rakan-rakan lain. Semoga kita mendapat
keberkatan dan ganjaran dari Allah. klik disini untuk sebarkan ilmu
agama islam, soal jawab agama, ceramah agama, ceramah islam, download
ceramah agama,koleksi tazkirah, tazkirah agama, tazkirah islam, kisah
rasul, kisah nabi, audio, video, radio agama, dakwah islam, dakwah agama
Laman istimewa
•
Cerpen,
novel, cerita online terbaik, khas utk peminat cerpen dan novel.
mempunyai lebih daripada 10,000 cerpen dan novel untuk anda baca. Anda
tidak akan kecewa dengan penulisan karya dari laman ini, layari di
laman
•
tip
kehidupan, zodiak, petua, puisi, rahsia-rahsia
ke]hidupan dibongkar, pantun dan pelbagai artikel
menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Radio
streaming online, Tv streaming online, surat khabar
online, radio era, radio hot.fm, radio hitz, tv1, tv2,
tv3, ntv7, tv8, tv9, harian metro, berita harian, utusan
malaysia, the star dan lain-lain lagi layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Koleksi cerita &
video kelakar, lucu, lawak. untuk gelak &
hiburkan hati anda. Kelakarnya layari di laman
ini.
http://kelakar2u.blogspot.com
Malaysia Blogger
Info Tetamu
Dakwah, Tazkirah, Ceramah Online proudly powered by Blogger.
Google INC