Kehidupan adalah anugerah
utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi
gambaran kebesaranNya buat kita manusia,
yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia.
Justeru itu, manafaatkan ia untuk
kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita
lakukan, akan dipertanggungjawabkan pada
kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt
kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati
dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat.
Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak
kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan
buat jahat JANGAN sekali-kali.
Kewujudan website dakwah2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri.
Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan
ciri-ciri kemurnian budi dan budaya.
Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi,
kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati
diri insani.
27 February 2008
Di potong tangan kerana memberi sedekah
Dikisahkan bahawa semasa berlakunya kekurangan makanan dalam kalangan Bani Israel, maka lalulah seorang fakir menghampiri rumah seorang kaya dengan berkata, "Sedekahlah kamu kepadaku dengan sepotong roti dengan ikhlas kerana Allah S.W.T."
Setelah fakir miskin itu berkata demikian maka keluarlah anak gadis orang kaya, lalau memberikan roti yang masih panas kepadanya. Sebaik sahaja gadis itu memberikan roti tersebut maka keluarlah bapa gadis tersebut yang bakhil itu terus memotong tangan kanan anak gadisnya sehingga putus. Semenjak dari peristiwa itu maka Allah S.W.T pun mengubah kehidupan orang kaya itu dengan menarik kembali harta kekayaannya sehingga dia menjadi seorang yang fakir miskin dan akhirnya dia meninggal dunia dalam keadaan yang paling hina.
Anak gadis itu menjadi pengemis dan meminta-minta dari satu rumah ke rumah. Maka pada suatu hari anak gadis itu menghampiri rumah seorang kaya sambil meminta sedekah, maka keluarlah seorang ibu dari rumah tersebut. Ibu tersebut sangat kagum dengan kecantikannya dan mempelawa anak gadis itu masuk ke rumahnya. Ibu itu sangat tertarik dengan gadis tersebut dan dia berhajat untuk mengahwinkan anaknya dengan gadis tersebut. Maka setelah perkahwinan itu selesai, maka si ibu itu pun memberikan pakaian dan perhiasan bagi menggantikan pakaiannya.
Pada suatu malam apabila sudah dihidang makanan malam, maka si suami hendak makan bersamanya. Oleh kerana anak gadis itu kudung tangannya dan suaminya juga tidak tahu bahawa dia itu kudung, manakala ibunya juga telah merahsiakan tentang tangan gadis tersebut. Maka apabila suaminya menyuruh dia makan, lalu dia makan dengan tangan kiri. Apabial suaminya melihat keadaan isterinya itu dia pun berkata, "Aku mendapat tahu bahawa orang fakir tidak tahu dalam tatacara harian, oleh itu makanlah dengan tangan kanan dan bukan dengan tangan kiri."
Setelah si suami berkata demikian, maka isterinya itu tetap makan dengan tangan kiri, walaupun suaminya berulang kali memberitahunya. Dengan tibatiba terdengar suara dari sebelah pintu, "Keluarkanlah tangan kananmu itu wahai hamba Allah, sesungguhnya kamu telah mendermakan sepotong roti dengan ikhlas kerana Ku, maka tidak ada halangan bagi-Ku memberikan kembali akan tangan kananmu itu."
Setelah gadis itu mendengar suara tersebut, maka dia pun mengeluarkan tangan kanannya, dan dia mendapati tangan kanannya berada dalam keadaan asalnya, dan dia pun makan bersama suaminya dengan menggunakan tangan kanan. Hendaklah kita sentiasa menghormati tetamu kita, walaupun dia fakir miskin apabila dia telah datang ke rumah kita maka sesungguhnya dia adalah tetamu kita. Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud, "Barangsiapa menghormati tetamu, maka sesungguhnya dia telah menghormatiku, dan barangsiapa menghormatiku, maka sesungguhnya dia telah memuliakan Allah S.W.T. Dan barangsiapa telah menjadi kemarahan tetamu, dia telah menjadi kemarahanku. Dan barangsiapa menjadikan kemarahanku, sesungguhnya dia telah menjadikan murka Allah S.W.T." Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud, "Sesungguhnya tetamu itu apabila dia datang ke rumah seseorang mukmin itu, maka dia masuk bersama dengan seribu berkah dan seribu rahmat."
"Sampaikanlah Pesananku Kepada Umatku Yang
Lain Walaupun Dengan Sepotong Ayat"
Disini saya sediakan satu borang untuk sahabat-sahabat disini
menyebarkan ilmu kepada rakan-rakan lain. Semoga kita mendapat
keberkatan dan ganjaran dari Allah. klik disini untuk sebarkan ilmu
agama islam, soal jawab agama, ceramah agama, ceramah islam, download
ceramah agama,koleksi tazkirah, tazkirah agama, tazkirah islam, kisah
rasul, kisah nabi, audio, video, radio agama, dakwah islam, dakwah agama
Laman istimewa
•
Cerpen,
novel, cerita online terbaik, khas utk peminat cerpen dan novel.
mempunyai lebih daripada 10,000 cerpen dan novel untuk anda baca. Anda
tidak akan kecewa dengan penulisan karya dari laman ini, layari di
laman
•
tip
kehidupan, zodiak, petua, puisi, rahsia-rahsia
ke]hidupan dibongkar, pantun dan pelbagai artikel
menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Radio
streaming online, Tv streaming online, surat khabar
online, radio era, radio hot.fm, radio hitz, tv1, tv2,
tv3, ntv7, tv8, tv9, harian metro, berita harian, utusan
malaysia, the star dan lain-lain lagi layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Koleksi cerita &
video kelakar, lucu, lawak. untuk gelak &
hiburkan hati anda. Kelakarnya layari di laman
ini.
http://kelakar2u.blogspot.com
Malaysia Blogger
Info Tetamu
Dakwah, Tazkirah, Ceramah Online proudly powered by Blogger.
Google INC