LAMAN UTAMA | SEBARKAN ILMU
 

 

Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.

Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggungjawabkan pada kemudian hari.

Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali.

Kewujudan website dakwah2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani.

 

 

 
28 September 2009
Puasa Enam & Beberapa Persoalan Mengenainya
بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على رسوله الأمين، وعلى آله وصحبه أجمعين.


Ibadah puasa adalah suatu amalan mulia yang amat digalakkan oleh Islam. Selain puasa fardhu Ramadhan, umat Islam juga boleh melakukan ibadat puasa sunat di luar bulan Ramadhan. Ada puasa sunat yang bersifat mingguan (seperti berpuasa pada hari isnin dan khamis), puasa bulanan (tiga hari dalam sebulan) dan puasa tahunan (hari Arafah, ‘Asyura’ dan enam hari dalam bulan Syawal).

Puasa adalah satu ibadah yang besar keutamaannya. Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah sallallahu’alaihiwasallam bersabda, Allah subhanahu wata’aala berfirman (dalam hadis Qudsi):

(( كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ لَهُ إِلا الصِّيَامَ؛ فَإِنَّهُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ… وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَخُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ )) رواه مسلم.
Maksudnya: “Setiap amal manusia adalah untuk dirinya kecuali puasa, ia adalah untuk-Ku dan Aku memberi ganjaran dengan (amalan puasa itu).” (Rasulullah menjelaskan): “Demi Allah yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, nafas orang yang berpuasa adalah lebih harum di sisi Allah berbanding wangian kasturi.” [Sahih Muslim no: 1151] Selain hadis di atas, terdapat banyak hadis lain yang menerangkan keutamaan puasa sunat.

Abu Said Al-Khudri ra berkata: Rasulullah saw bersabda:

(( مَنْ صَامَ يَوْمًا فِي سَبِيلِ اللهِ بَعَّدَ اللهُ وَجْهَهُ عَنْ النَّارِ سَبْعِينَ خَرِيفًا )) رواه البخاري.
Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa satu hari pada jalan Allah, nescaya Allah swt menjauhkan mukanya dari api neraka selama 70 tahun”. [Sahih Al-Bukhari no: 2840]

Di antara puasa sunat ialah puasa enam hari pada bulan Syawal. Bersempena dengan bulan Syawal ini, artikel ini akan membincangkan tentang puasa sunat ini.


Dalil Puasa Sunat Enam Syawal.

Abu Ayyub Al-Ansari ra berkata: Rasulullah saw bersabda:

(( مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ)) رواه مسلم.
Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.” [Sahih Muslim hadis no: 1164].

Di dalam hadis ini Rasulullah saw menyatakan bahawa puasa enam hari selepas bulan Ramadhan akan diganjari pahala seolah-olah berpuasa selama setahun.

Para ulama’ menghuraikan rahsia di sebalik ganjaran tersebut dengan mendatangkan dalil bahawa setiap amalan kebaikan manusia akan diganjari sebanyak 10 kali ganda. Puasa 30 hari di bulan Ramadhan diganjari sebanyak 300 hari, manakala puasa 6 hari di bulan Syawal pula diganjari dengan 60 hari. Jika dikira jumlahnya ialah 360 hari, ia hampir menyamai jumlah hari di dalam setahun sebanyak 360 hari. Sesungguhnya Allah swt maha berkuasa untuk memberikan ganjaran sebanyak mana yang dikehendaki-Nya.

Hikmah Puasa Sunat Enam Syawal.

Sebenarnya puasa enam hari ini mempunyai beberapa hikmah yang tertentu dari sudut kesihatan manusia itu sendiri. Puasa selama sebulan penuh di bulan Ramadhan antaranya menyebabkan sistem percernaan di dalam badan berehat seketika di waktu siang selama sebulan. Kedatangan bulan Syawal pula menyebabkan seolah-olah ia mengalami kejutan dengan diberikan tugas mencerna pelbagai makanan pada hari raya dan hari-hari selepasnya. Oleh kerana itulah, puasa enam ini memberikan ruang kembali kepada sistem pencernaan badan untuk berehat dan bertugas secara beransur-ansur untuk kebaikan jasmani manusia itu sendiri.

Selain dari itu, sebagai manusia yang menjadi hamba kepada Allah swt, alangkah baiknya seandainya amalan puasa yang diwajibkan ke atas kita di bulan Ramadhan ini kita teruskan juga di bulan Syawal walaupun sekadar enam hari. Ini seolah-olah menunjukkan bahawa kita tidak melakukan ibadat puasa semata-mata kerana ia menjadi satu kewajipan tetapi kerana rasa diri kita sebagai seorang hamba yang benar-benar bersunguh-sungguh untuk taqarrub kepada tuhannya. Kerana itulah kata ulama’: “Betapa malangnya orang yang hanya mengenal Allah pada bulan Ramadhan, sedangakan pada bulan lain Allah swt dilupai”.


Hukum Puasa Sunat Enam Syawal.

Hukumnya adalah sunat. Berkata Imam An-Nawawi rh: “Hadis ini jelas menjadi dalil bagi mazhab Imam al-Syafi’e, Imam Ahmad, Daud dan ulama’ yang sependapat dengan mereka bahawa disunatkan berpuasa enam hari (pada bulan Syawal).

Imam Malik dan Imam Abu Hanifah pula menganggap hukumnya makruh. Sebabnya kerana bimbang orang ramai akan menyangka ia adalah sebahagian dari puasa Ramadhan (yang wajib hukumnya) padahal ia bukanlah dari puasa Ramadhan.” [Syarah Sahih Muslim 8/56]


Bilakah Dimulakan Puasa Sunat Enam Syawal?

Puasa sunat enam Syawal paling awal dimulakan pada 2 Syawal. Ini kerana tarikh 1 Syawal adalah hari Eidil Fitri dan kita dilarang dari berpuasa pada hari tersebut. Abu Hurairah ra berkata:

( أَنَّ رَسُولَ اللهِ r نَهَى عَنْ صِيَامِ يَوْمَيْنِ: يَوْمِ الأَضْحَى، وَيَوْمِ الْفِطْرِ ) رواه مسلم.
Maksudnya: “Nabi saw melarang puasa pada hari (Eidil) Fitri dan (Eidil) Adha.” [Sahih Al-Bukhari no: 1991].


Bagaimana Melaksanakan Puasa Sunat Enam Syawal?

Syarat dan adab bagi puasa sunat enam Syawal adalah sama seperti puasa wajib pada bulan Ramadhan.


Persoalan yang menjadi perbincangan di kalangan para ulama’ ialah:

1- Adakah ia dilaksanakan secara berturut-turut selama enam hari atau secara terputus?

Pandangan yang lebih tepat adalah ia boleh dilakukan secara terputus (tidak berturut-turut) asalkan jumlah enam hari dicukupkan sebelum berakhirnya bulan Syawal. Ini kerana apabila Rasulullah saw menganjurkan puasa sunat enam hari ini, baginda menyebut bulan Syawal secara umum tanpa memberi ketentuan hari-harinya. Maka puasa enam tersebut boleh dilaksanakan pada mana-mana hari dalam bulan Syawal asalkan bukan pada 1 Syawal dan bukan sesudah berakhir bulan Syawal.

Namun adalah lebih afdhal disegerakan pelaksanaan puasa enam Syawal berdasarkan umum firman Allah swt:

] وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَوَاتُ وَالأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ [ [آل عمران: 133]
Maksudnya: “Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (ke arah mendapatkan) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.” [Surah Aali Imran:133]


2- Melaksanakan Puasa Sunat Enam Syawal Sebelum Mengqadha Puasa Ramadhan.

Wujud perbincangan di kalangan para ulama’, apakah dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal jika seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadhan yang belum diqadhanya? Ada dua pendapat ulama’ dalam masalah ini.

Pendapat Pertama: Boleh melakukannya, berdasarkan dalil bahawa Aisyah radhiallahu ‘anha pernah mengakhirkan hutang puasa Ramadhan yang perlu diqadhanya hingga ke bulan Sya’ban yang akan datang. Aisyah ra berkata:

( كَانَ يَكُونُ عَلَيَّ الصَّوْمُ مِنْ رَمَضَانَ، فَمَا أَسْتَطِيعُ أَنْ أَقْضِيَ إِلا فِي شَعْبَانَ. قَالَ يَحْيَى: الشُّغْلُ مِنْ النَّبِيِّ أَوْ بِالنَّبِيِّ r) رواه البخاري
Maksudnya: “Aku memiliki hutang puasa bulan Ramadhan. Aku tidak mampu mengqadhanya kecuali pada bulan Sya’ban.” Kerana sibuk (melayani) Rasulullah saw. [Sahih Muslim no: 1146. Sahih al-Bukhari, hadis no: 1950, penjelasan "kerana sibuk melayani Rasulullah saw" ialah penjelasan salah seorang perawi hadis yang bernama Yahya bin Sa‘id.]

Para ulama’ yang mengemukakan pendapat pertama berhujah, sudah tentu tidak mungkin isteri Rasulullah saw, yakni Aisyah ra, tidak melaksanakan puasa sunat enam Syawal. Pasti beliau melaksanakannya dan tindakan beliau yang mengqadha puasa Ramadhan pada bulan Sya’ban menunjukkan dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal sekali pun seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadhan.

Pendapat Kedua: Tidak boleh melakukannya, berdasarkan hadis yang menganjurkan puasa sunat enam Syawal itu sendiri yang telah dikemukakan di awal risalah ini. Hadis tersebut berbunyi: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.”

Rasulullah saw mensyaratkan “berpuasa Ramadhan” terlebih dahulu, kemudian barulah “mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal”. Ini menunjukkan puasa sunat enam Syawal hanya dilaksanakan sesudah seseorang itu menggenapkan puasa Ramadhannya. Jika ada puasa Ramadhan ditinggalkan, ia perlu diqadha terlebih dahulu. Kemudian barulah diiringi dengan puasa sunat enam Syawal.

Kalau diperhatikan secara teliti, pendapat yang kedua lebih rajih (kuat); Kerana ianya lebih menepati dalil puasa sunat enam Syawal itu sendiri. Selain dari itu, membayar hutang yang wajib hendaklah didahulukan dari memberi sedekah yang sunat. Ini disokong dengan ayat 133 surah Aali Imran yang dikemukakan sebelum ini, yang menganjurkan kita untuk menyegerakan amal kebajikan. Sudah tentu amal yang wajib lebih perlu disegerakan daripada amal yang sunat.

Namun, sekiranya seorang itu tidak berkesempatan (disebabkan keuzuran) untuk melakukan qadha kemudian berpuasa enam dan dia berkeyakinan akan sempat mengqadhakannya sebelum Ramadhan tahun berikutnya, maka pendapat yang pertama boleh diterima, berdasarkan apa yang dilakukan oleh Aisyah ra.

Menurut Imam An-Nawawi rh, Mazhab Malik, Abu Hanifah, Asy-Syafie, Ahmad dan jumhur salaf dan khalaf mengatakan: “Qadha puasa Ramadhan bagi mereka yang berbuka kerana uzur seperti kedatangan haid dan musafir, maka kewajipan mengqadhanya adalah secara bertangguh (‘ala at-tarakhi), tidak disyaratkan qadha terus apabila boleh melakukannya”. [Syarah Sahih Muslim 8/22].

قال النووي في شرح مسلم: “وَمَذْهَب مَالِك وَأَبِي حَنِيفَة وَالشَّافِعِيّ وَأَحْمَد وَجَمَاهِير السَّلَف وَالْخَلَف: أَنَّ قَضَاء رَمَضَان فِي حَقّ مَنْ أَفْطَرَ بِعُذْرٍ كَحَيْضٍ وَسَفَرٍ يَجِب عَلَى التَّرَاخِي، وَلا يُشْتَرَط الْمُبَادَرَةُ بِهِ فِي أَوَّل الإِمْكَان.”
Menurut Al-Khatib Asy-Syarbini: “Sesiapa yang tertinggal puasa Ramadhan, sunat dia mengqadhakannya secara berturut-turut dan makruh bagi orang yang ada qadha Ramadhan melakukan puasa sunat”. [Mughni Al-Muhtaj 2/181 cet, Darul Kutub Al-Ilmiah, Beirut].

3- Menggabungkan puasa qadha dan puasa enam.

Di antara persoalan yang sering timbul sekitar puasa enam ialah adakah harus menggabungkan di antara dua puasa iaitu puasa qadha dan puasa enam hari di bulan Syawal. Adakah diganjari dengan kedua-dua pahala tersebut dengan puasa yang satu?

Persoalan ini berlaku khilaf di kalangan ulama’, sebahagiannya yang berpendapat tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dengan puasa fardhu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain, sekiranya dilakukan maka puasanya itu tidak sah, tidak bagi yang fardhu dan tidak bagi yang sunat.

Ada dikalangan ulama’ Syafi’iyyah berpendapat bahawa ganjaran puasa enam tetap akan diperolehi apabila seseorang berpuasa qadha sekalipun ia tidak berniat menggabungkan kedua-duanya, namun pahala yang diperolehi kurang daripada seorang yang berpuasa kedua-duanya secara berasingan. [Lihat: Hasyiah Asy-Syarqawi ‘Ala Tuhfah At-Tullab 1/428, cet, Darul Ma'rifah, Fatawa Al-Azhar 9/261 Al-Maktabah Asy-Syamilah]

Al-Khatib Asy-Syarbini berkata: “Jika seseorang berpuasa qadha atau puasa nazar atau puasa sunat yang lain di bulan Syawal, adakah dia mendapat pahala sunat (Syawal) atau tidak? Saya tidak mendapati pendapat ulama’ yang menyebut tentangnya, dan yang zahirnya adalah dapat pahala tersebut (pahala puasa yang diniatinya). Namun, dia tidak mendapat pahala sebagaimana yang disebut oleh hadis yang menerangkan tentang kelebihan puasa enam tadi, khasnya mereka yang tertinggal puasa Ramadhan kemudian berpuasa pada bulan Syawal. Ini kerana mereka tidak memenuhi maksud hadis tersebut (menyempurnakan puasa Ramadahan kemudian diikuti dengan puasa enam)”. [Mughni Al-Muhtaj 2/184 cet, Darul Kutub Al-Ilmiah, Beirut]

Setelah dikaji, pandangan ulama’ yang membolehkan puasa dua dalam satu ini, tidak bersandarkan mana-mana dalil al-Qur’an dan al-Sunnah. Mereka juga mengatakan amalan ini hanya mendapat pahala kerana kebetulan berpuasa qadha dalam bulan Syawal, sama seperti pahala sunat tahiyyatul masjid dengan solat fardhu (orang yang terus melakukan solat fardhu apabila masuk ke dalam masjid akan mendapat juga pahala sunat tahiyyatul masjid). Wallahu a’lam.

Oleh itu, lakukanlah dua ibadat puasa ini (fardhu dan sunat) secara berasingan, kerana sebagai seorang hamba yang tunduk kepada Allah SWT, memperbanyakkan amalan taqarrub dengan memisahkan di antara yang menjadi kewajipan dengan yang menjadi galakan (sunat) tentulah lebih menunjukkan kesungguhan diri sebagai seorang hamba yang mencari keredhaan Tuhannya. Ini juga lebih berhati-hati (ahwat) dalam ibadat, serta melakukan ibadat dengan yakin adalah lebih utama (aula), kerana ada pendapat ulama’ mengatakan tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dengan puasa fardhu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain.

Sebagai kesimpulan, puasa sunat semata-mata kerana Allah (bukan kerana sakit atau ingin berdiet) mempunyai kelebihan yang besar di sisi Allah swt dan sangat digalakkan oleh Rasulullah saw.

Sebagaimana yang diketahui semua amalan sunat adalah sebagai penampal kepada mana-mana kekurangan dalam amalan fardhu. Puasa enam hari pada bulan Syawal ini pula thabit dari sunnah Rasulullah saw. Sepatutnyalah kita mengambil peluang ini untuk berpuasa enam hari pada bulan Syawal.

Sempurnakan dahulu qadha beberapa hari yang tertinggal, kerana kita tidak tahu apakah hayat dan kesihatan yang ada akan berterusan sehingga kita dapat menunaikannya di masa hadapan.

Bagi orang yang tidak sempat melakukan puasa sunat kerana sibuk dengan puasa wajib diharapkan Allah swt akan memberi ganjaran berdasarkan niat dan azamnya. Sebagaimana sabda Nabi saw:

(( إِذَا مَرِضَ الْعَبْدُ أَوْ سَافَرَ كُتِبَ لَهُ مِثْلُ مَا كَانَ يَعْمَلُ مُقِيمًا صَحِيحًا )) رواه البخاري.
Maksudnya: “Apabila seorang hamba Allah sakit atau musafir (beliau tidak dapat melakukan amalan yang biasa dilakukannya) maka dituliskan baginya pahala seperti amalan yang biasa dilakukannya sewaktu tidak bermusafir dan sewaktu sihat” [Sahih Al-Bukhari no. 2834]

Semoga kita semua diberi taufiq dan hidayah oleh Allah swt ke jalan yang di redhai-Nya serta dapat melaksanakan ibadah puasa enam hari di bulan Syawal ini dengan sempurna. Seterusnya kita dimasukkan ke dalam golongan orang yang mendapat kejayaan dunia dan akhirat. Aamin.

وصلى الله على نبينا محمد وعلى آله وصحبه وسلم تسليما إلى يوم الدين.

Abu Anas Madani, Pondok Sungai Durian.
posted by BLOGGER @ 4:09 AM  

 

Audio-Video Ceramah Online

 Salam Ramadhan

 Penghantaran Percuma

Dapatkan Artikel Terbaru Terus ke Email Anda. Masukkan Email Anda Dibawah :-

 

 

 Kata Aluan

Gunakan lah kelebihan teknologi sebaik mungkin kerana teknologi memberi kita kemudahan untuk berdakwah dan mempertingkatkan ilmu didada.

 Mari Mendengar Bacaan Al-Quran
























 Solat & Sewaktu Dengannya

• Kebesaran solat 2 rakaat

• Rahsia diwajibkan solat

• Hadis Solat

• Solat Sunat jumaat

• Solat Sunat hajat

• Azan dan Iqamah

• Solat Sunnat Taubat

• Solat Sunat Tahajjud

• Tayammum

• Doa selepas sembahyang

• Niat Sembahyang

• Rukun, batal, Sunat wuduk

• Cara Berwuduk

• Petua Khusyuk Solat

 Hadis & Huraian

• Amalan sunat di bulan syaaban

• Jangan menolak sedekah

• 4 Kunci kebahagiaan

• Orang yang berbudi mulia

• Rumahku syurgaku

• Orang mati bunuh diri

• Elakkan gambar-gambar binatang

• Dengki dan irihati, biarlah pada tempatnya

• Kualiti iman seorang muslim

• Lalat dan penyakit, Rasulullah dan saintis

• Dijauhkan dari neraka 70,000 Musim

• Keutamaan membaca surah Al-Baqarah

• 5 kunci rahsia

• Di atas hamparan sejadah

• Pelunasan hak di padang mahsyar

• Ciri kesempurnaan iman

• Solat musafir

• Seringan azab di neraka

• Berdoalah kamu untuk saudara islam

• Fadhilat & hikmah korban

• Yang lebih baik dari pembantu / khadam

• Kumpulan kebaikan

• Fadhilat & Hikmah korban

• Yg lebih baik dari khadam

• Kumpulan kebaikan

• Sabar mencerminkan iman

• Sikap yang baik

• 3 Buah Masjid

• Hebatnya penghuni syurga

• Menjaga perasaan

• Mati dgn mata terbeliak

• 3 Buah Masjid

• Mewarnakan rambut

• 99 Nama Allah

• Dugaan hapuskan dosa

• Banyak cara untuk bersedekah

• Nilai korban & solat jumaat

• Manusia yang di kasihi dan dibenci oleh Nabi Saw

• Curian Syaitan

• Mensyukuri nikmat

• 3 amalan yang berkat

• Alamat mimpi

• Roh harum & Roh Busuk

• Berlaku Adil Kepada anak

• Mengeratkan persahabatan

• Berusaha mencari rezeki

• Menghina orang lain

• Meninggalkan solat jumaat

• Memutuskan silaturahim

• Kaya harta dan kaya ilmu

 Kisah Nabi / Rasul

• Kisah Nabi isa menghidupkan mayat

• Bumi telan kaum luth

• Ismail bantu bapa bina kaabah

• Nazar Nabi Yaakub

• Ishak lahir ketika ibunya lanjut

• Syu`aib dicabar turunkan azab

• Nabi zulkifli amanah, penyabar

• Ayub di uji penyakit kulit

• Nabi Yusuf bijak tafsir mimpi

• Musa dihanyut ke sungai nil

• Mukjizat nabi musa hadapi firaun

• Nabi Musa bermunajat

• Nabi harun fasih berbicara

• Sulaiman kawal jin, haiwan

• Ratu balqis tunduk kepada Nabi Sulaiman

• Allah limpahkan rezeki Ilyas

• Nabi Yunus ditelan ikan paus

• Allah makburkan doa Nabi Zakaria

• Nabi Yahya lahir berkat dia bapa

• Nabi Ibrahim di ugut bapa

• Kisah Cinta Adam & hawa

• Kisah Nabi Sulaiman & jin

 Kisah Teladan

• Kisah membantu jiran dan anak yatim

• Rela dimasukkan ke neraka

• Hadiah malam jumaat

• Syidatina Fatimah, penghulu wanita syurga

• Wangi harum Masyithah

• Balasan bagi penghuni syurga

• Kisah pendita yang insaf

• Kisah 5 perkara aneh

• Kisah anak membangkang perintah ayahnya

• Kisah lelaki berbohong

• Kisah pendita yang insaf

• Kisah neraka jahanam

• Kisah bumi dan langit

• Kisah berkat membaca bismillah

• Kisah pemuda beribu-bapakan babi

• Dipotong tangan kerana bersedekah

• Kisah si pemilih roti

• Menempuh jalan kesesatan

• 3 watak di akhir zaman

• Bayi yang berkata-kata

• Anjing Musafir

• 2 orang yahudi dihukum mati

• Taubat ikrimah bin abu jahal

• Iman Ahmah bin hambal

• Iman Syafie di tangkap & di rantai

• Ahli ibadat dgn pelacur

• 2 orang yahudi dihukum mati

• Detik terakhir insan mulia

• Rahsia syair di atas kuburan

 Topik-topik Agama

• Jumaat hari kebesaran umat islam

• Kelebihan syaaban

• 15 Tanda kematian mulia

• Solat dan 5 jenis manusia

• Kebesaran solat 2 rakaat

• 11 jenis manusia didoa malaikat

• Rahsia diwajibkan solat

• Peliharalah tutur kata

• Keadaan seseorang ketika sampai ajal

• Penyakit uji keimanan dan kesabaran manusia

• Ibadah dibulan Syaaban

• Anugerah anak

• Panduan bersuci

• Hafal dan Syurga menanti

• Api neraka padam disirami dengan air mata

• Hadis Zikir

• Hikmah berzikir

• Kaifat perkahwinan

• Waktu yg baik utk berdoa

• Asas Kerukunan Islam

• Tiada manusia terlepas dari iblis

• Lulus ujian dibalas Syurga

• Larangan meminta mati

• Hikmah solat 2 rakaat

• Hikmah berselawat ke atas Rasulullah

• April Fool, Renungan

• Ucapan kpd pengantin baru

• Rasulullah rahmat semesta alam

• jangan derhaka kpd ibubapa

• Maulidur rasul

• Solat Bina ketahanan diri

• Balasan bagi penghuni syurga

• Rasulullah ambik kira pandangan wanita

• Ciri Pemimpin yang di redhai

• Nabi tegur kesalahan secara kiasan

• Rasulullah berpolitik

• Adab menziarahi orang sakit

• Hari valentine

• Ciri-ciri isteri solehah

• Hijrah pemikiran ummah

• Rasulullah dihari kebangkitan

• Sesal seorang ibu

• Dijodohkan di syurga

• Hukum Melancap atau onani

• Jenis dosa & jalan taubat

• Keliru nazar boleh atau tidak

• Puasa

• Iblis diwaktu sakaratul maut

• Fadhilat Bismillah

• Sejarah solat 5 waktu

• Wanita yg tolak perkahwinan

• Dosa mengumpat bagimana?

• Utamakan membaca Al-Quran

• Kelebihan bulan rejab

• Haiwan yang halal & haram

• 15 alasan mrindui Ramadhan

• Untuk apa punyai zuriat

• Surah ayat Al-ikhlas

• Hukum aurat wanita

• Tatasusila berhadapan ibubapa

• Bagaimana hilangkan marah

• Rahsiakan keaiban orang lain

• Pelepasan seksaan kubur

• Nabi Yusuf di penjara krn fitnah wanita

• 10 wasiat iman hassan al-banna

• Setan pun terkejut

• 10 pesanan Rasulullah

• Hayati malam Lailatulqadar

• Dialog Rasulullah dgn syaitan

• Kenapa kita di uji

• Pahala terakhir seorang isteri

• Orang yg kaya dalam miskin

• Tip murah rezeki

• Kasihnya Allah pada Wanita

• Wanita penghuni neraka

• Soal jawab iblis dgn Allah

• Tanda-tanda kiamat

• Yakjuk & makjuk

• Kebesaran solat & keistimewaan

• Perkara sunat yang dilakukan pada hari jumaat

• Rintihan roh

• Ahli ibadat dgn pelacur

• Abu sufyan bin haris

• Mengigil lutut jin & manusia melihat neraka jahanam

 Topik Ramadhan

• Amalam malam Lailatul Qadar

• 34 Hadis berkaitan Ramadhan

• Amalam malam Lailatul Qadar

• Panduan qadha puasa

• Panduan solat Aidilfitri

• Lailatul Qadar tanda di kasihi

• Kepalsuan kelebihan terawih

• Keutamaan bulan ramadhan

• Tingkat ibadat malam raya

• Ganjaran ikhlas puasa

• Doa perlu bersungguh

• Kelebihan amalan sunat

• Rasulullah lebihkan dermawan

• 4 zikir sepanjang ramadhan

• ikhlas puasa diampunkan dosa

• Bidadari berhias sambut ramadhan

• Taubat digalakkan

• Keberkatan hadir majlis ilmu

• 5 perkara hindar akhlak buruk

• kaitan antara puasa & sabar

• Solat tahajud hidupkan malam puasa

• Puasa lawan sifat nafsu, bangkit sifat sabar

• Kelebihan ibadat umrah dalam bulan ramadhan

• Ramadhan bersihkan jiwa

• Sedekah bebuka pahala besar

• Puasa sempurna jika jaga mulut

• Solat malam hapuskan dosa

• Sedekah eratkan ikatan

• Doa ramadhan

• Puasa, terawih himpunkan pahala dan hapuskan dosa

• 5 rahsia nikmati ibadat puasa

• Tanda kedatangan Lailatul Qadar

• Kelebihan 10 malam akhir ramadhan

• 3 amalam Nabi, 10 malam terakhir

• Hikmah Lailatul Qadar

• Walaupun seteguk air, sahur pelihara kesihatan

• Zakat elakkan sifat mengemis

• Berbuka, sahur ikut sunnah lebih menyihatkan badan

 

 Audio Ceramah / Tazkirah

• Pergaulan batas susila

• Hukum tawassul dlm islam

• Dari mana hendak kemana

• Konsep darurat dalam islam

• Ciri ahli syurga&ahli neraka

• Mensyukuri nikmat Allah

• Penghayatan ibadah korban

• Mencari permata yg hilang

• Pengenalan Ulumul Quran

• Sebab turunnya Al-Quran

• Ramadhan bulan ibadah

• Kiamat kecil

• Islamkah anda

• Perubatan halal & haram

• Ciri orang terkena ilmu sihir

• Pengenalan pada alam jin

• Gangguan emosi

• Rahmat disebalik dugaan

• Al-Quran : petunjuk keluarga bahagia

• Bagaimana beriman pada qadha dan qadar

• Riba dan rasuah

• Cabaran kehidupan di zaman metropolitan

• Rahmat Allah dan kehidupan

• Sejarah dalam ramadhan

• Dosa Pahala, hublum minallah, hablum minannas

• Menangis kerana takut

• Rumahku syurgaku, anakku cahaya mataku

• Isteri pengasih suami penyayang

• 11 tips memupuk kasih syg

• Pengisian ramadhan 1

• Pengisian ramadhan 2

• Ujian dan musibah

• Kemanisan ibadah

• Akhlak wanita islam

• Dimana kan ku cari ganti

• Cermin diri

• Menceritakan hal orang lain

• Mengenai rasuah

• Dua tanah haram

• Demokrasi lemah

• Tindik pusat

• Celik nafsu

• Perkosa isteri

• Makhluk halus

• Kuasa

• Yang merah itu saga

• Anak rintik

• Cari makan

• Jangan cari lain

• Ghaib

• Jadilah orang alim

 

 Video Ceramah / Tazkirah

• Akibat Ego 1

• Akibat Ego 2

• Kondo di bawah tanah

• Mahsyar

• Dosaku 1

• Dosaku 2

• Bila perut berbunyi

• Cinta remaja

• Kasih tidak bertepi 1

• Kasih tidak bertepi 2

• Syurga diluar rumah 1

• Syurga diluar rumah 2

• Upah sembahyang 1

• Upah sembahyang 2

• Wahai suamiku

• Cari salah

• Al-furqan

• Nazak

• Dalam tabi'ie

• Bid'aah

• Untuk siapa

• Hiasan adam

• Sunnah nabi

• Gangguan jin & syaitan

• Gangguan Makhluk halus

• Rahsia keruntuhan ummah

• Sebab-sebab malaikat tidak masuk ke dalam rumah

• Bahaya dan bencana sihir

• Utuhkan madrasah, pendidikan madrasah, amanah Rasulullah

• Khadijah r.a usahawan wanita terbilang 1

• Khadijah r.a usahawan wanita terbilang 2

• Khadijah r.a usahawan wanita terbilang 3

• Keluarga bahagia

 

 Radio Dakwah

 Topik Terbaru

 Iklan Menarik

 Sebarkan Ilmu

RASULULLAH SAW BERSABDA:

"Sampaikanlah Pesananku Kepada Umatku Yang Lain Walaupun Dengan Sepotong Ayat"


Disini saya sediakan satu borang untuk sahabat-sahabat disini menyebarkan ilmu kepada rakan-rakan lain. Semoga kita mendapat keberkatan dan ganjaran dari Allah. klik disini untuk sebarkan ilmu

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

  Produk Iklaneka

BANNERMISSNOR

 Al-Quran

 Chit-Chat Corner

 Hadith Muslim

 Infomasi

Kata Kunci
agama islam, soal jawab agama, ceramah agama, ceramah islam, download ceramah agama,koleksi tazkirah, tazkirah agama, tazkirah islam, kisah rasul, kisah nabi, audio, video, radio agama, dakwah agama, dakwah islam

UCAPAN

16/5/2007:
Selamat Menyambut Hari Guru 2007 dan Hari Ibu, tahun baru misi baru. semoga terhibur bersama blog kami

FADHILAT

1)-Barangsiapa membaca ayat kursi ketika mengiringi tiap-tiap solat fardhu, maka diampuni dosanya dan di hapuskan Allah daripadanya tiap-tiap kejahatan.

2)-Seseorang yang membaca Bismillah sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, akan aman dariapda gangguan syaitan, kecurian, maut yang mendadak dan bala. Sementara pasangan yang membacanya ketika hendak berjimak, akan melahirkan anak yang soleh dan bagi ibu bapanya kebajikan sejumlah tarikan nafas anak itu.

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka sendiri mahu mengubahnya- pepatah arab-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG
agama islam, soal jawab agama, ceramah agama, ceramah islam, download ceramah agama,koleksi tazkirah, tazkirah agama, tazkirah islam, kisah rasul, kisah nabi, audio, video, radio agama, dakwah agama, dakwah islam

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net

 Waktu Solat

 Info Tetamu

 Kata Kunci

agama islam, soal jawab agama, ceramah agama, ceramah islam, download ceramah agama,koleksi tazkirah, tazkirah agama, tazkirah islam, kisah rasul, kisah nabi, audio, video, radio agama, dakwah islam, dakwah agama

 Laman istimewa

• Cerpen, novel, cerita online terbaik, khas utk peminat cerpen dan novel. mempunyai lebih daripada 10,000 cerpen dan novel untuk anda baca. Anda tidak akan kecewa dengan penulisan karya dari laman ini, layari di laman

http://www.penulisan2u.net

 

• Koleksi cerpen & novel online terbaik dari malaysia, singapore, indonesia dan Brunei. layari di

http://penulisan2u.blogspot.com

• tip kehidupan, zodiak, petua, puisi, rahsia-rahsia ke]hidupan dibongkar, pantun dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

• Radio streaming online, Tv streaming online, surat khabar online, radio era, radio hot.fm, radio hitz, tv1, tv2, tv3, ntv7, tv8, tv9, harian metro, berita harian, utusan malaysia, the star dan lain-lain lagi layari di http://mymedia2u.blogspot.com

• Koleksi cerita & video  kelakar, lucu, lawak.  untuk gelak &  hiburkan hati anda. Kelakarnya layari di laman ini. http://kelakar2u.blogspot.com

 Malaysia Blogger

All Malaysian Bloggers Project

 Info Tetamu